Pada tarikh 14 Mac, 2024, bersamaan dengan 3 Ramadhan 1445H, bertempat di Dewan Sri Tawau, Sin Onn, Majlis Iftar Ramadhan BWSB 2024 peringkat Korporat telah diadakan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tn Haji Ambran Pe'ang, barisan Pengurusan BWSB, tetamu jemputan, rakan sekerja daripada Sabah Softwoods Berhad, Majlis Perbandaran Tawau, rakan media dan staf Ibu pejabat BWSB sendiri. Majlis iftar ini turut diselitkan dengan tazkirah penyucian jiwa oleh Ustadz Muhammad dan juga penyerahan sumbangan (CSR) kepada pusat-pusat Tahfiz, Madrasah, Surau & Masjid disekitar kawasan Tawau dan Merotai bagi membantu kelancaran pengurusan pentadbiran pusat masing-masing. Semoga syarikat BWSB dimurahkan rezeki dan dapat berkongsi sedikit kesenangan ini untuk membantu golongan yang memerlukan, InSyaAllah. Terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis ini, semoga kita memperolehi syafaat dan keberkatan.
66 Photos
Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Qur'an peringkat Benta Wawasan Sdn Bhd pada 5 Mac 2024 / 23 Sya'ban 1445H di Dewan Serbaguna Ladang Seraya. Majlis di hadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, dan sebahagian barisan pimpinan pengurusan tertinggi syarikat. Majlis Tilawah Al-Qur'an ini disertai oleh semua wakil Qari dan Qariah daripada ladang dan kumpulan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada yang semua peserta Qari dan Qariah. Semoga dengan majlis seperti ini dapat meninggikan lagi syiar Islam di BWSB dan memberikan kesedaran kepada semua kakitangan dan pekerja akan pentingnya al-Qur'an kalamullah dalam kehidupan kita.
79 Photos
Integrity Awareness Enhancement Program - Baru-baru ini telah diadakan bertempat di City Hall, LA Hotel, Tawau pada 29 Januari, 2024. Program tersebut adalah merupakan program kesinambungan daripada Anti Bribery & Anti Corruption (ABAC) seminar yang pernah diadakan pada tahun 2022. Program ini dirasmikan oleh YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hj Ambran Bin Pe'ang dan barisan pengurusan serta staf ibu pejabat. Ketua Cawangan SPRM bahagian Tawau, En. Richard Hii Ding Yin telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan 'Enhancement' program ini. Program ini diharap dapat memberikan penjelasan yang lebih jelas dan tepat mengenai isu-isu yang membabitkan integriti dalam sesebuah organisasi. Tahniah buat Jabatan Audit Dalaman, yang diketuai oleh Tn. Rosman Hj Hussain dan staf diatas penganjuran program ini.
28 Photos
Majlis Malam Mesra BWSB 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 04 Feb, 2024. Majlis ini diadakan di Grand Ballroom, hotel Borneo Royale, Tawau. Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB dan isteri, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Ambran Pe'ang & isteri, para staf termasuk Benta Edible Oil Sdn Bhd & Benta Agrotech Sdn Bhd bersama pasangan masing-masing.
152 Photos
12 Disember, 2023 | Lawatan kerja rasmi Pengerusi Eksekutif ICSB, YB Datuk Jasnih Daya bersama-sama dengan YBhg Datuk Haji Abdul Karim bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Tuan Hj Ambran bin Pe’ang, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, di iringi barisan pengurusan dan semua ketua-ketua jabatan/unit yang terlibat, telah berlangsung baru-baru ini. Ini adalah merupakan lawatan kerja rasmi yang pertama YB Datuk, setelah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BWSB. Perjalanan dimulakan dengan melawat Benta Agrotech Sdn Bhd, sebuah Syarikat usahasama antara BWSB dengan Bellus Terra Sdn Bhd, yang menghasilkan baja dalam bentuk paket (sachet). Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Kilang Benta Edible Oil Sdn Bhd (BEOSB), anak Syarikat milik penuh BWSB. Disini proses pembungkusan minyak masak dijalankan. Perjalanan mereka diteruskan ke Ladang Kapur, di mana majlis perasmian pejabat Ladang Kapur yang baru telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Hj Abdul Karim bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB dan kemudian meneruskan perjalanan ke Ladang Binuang. Semasa berada di Ladang Binuang, rombongan YB Datuk Jasnih juga dibawa melawat ke pusat penetasan Kumbang (Weevil Breeding), sebelum beliau merasmikan pejabat Operasi Perladangan Zon Utara/Pejabat Ladang Binuang. Semasa di Ladang Binuang, rombongan ahli Lembaga Pengarah BWSB ini juga telah diberikan sedikit taklimat mengenai keadaan semasa di BWSB oleh Tuan Chu Chee Ming, Pengurus Besar Operasi Perladangan.
33 Photos
Program Karnival Sukan Hari Keluarga BWSB 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 09 Disember, 2023 bertempat di Padang Bandaran, Tawau. Program turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Sri Ghulamhaidar@Yusof Bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah, merangkap Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hj Ambran Bin Pe'ang dan barisan pengurusan BWSB.
187 Photos