
Sempena sambutan Hari Pekerja yang bakal berlangsung pada 1 Mei 2025, satu program sukan akan dianjurkan dengan melibatkan penyertaan semua pekerja dari enam ladang utama iaitu Ladang Ramin, Ladang Selangan Batu, Ladang Agthis, Ladang Kapur, Ladang Belian dan Ladang Binuang. Penganjuran program ini bertujuan untuk menghargai dan meraikan usaha gigih serta sumbangan besar para pekerja dalam memastikan kelangsungan dan kejayaan operasi ladang selama ini. Pelbagai acara sukan akan dipertandingkan bagi memupuk semangat kesukanan, kerja berpasukan dan hubungan yang harmoni antara semua warga kerja. Di samping memberi peluang kepada pekerja untuk beriadah dan merehatkan minda, program ini juga menjadi platform penting dalam mengeratkan silaturahim antara pekerja dari pelbagai ladang dan latar belakang. Ia turut mencerminkan komitmen syarikat dalam menjaga kebajikan pekerja serta memperkukuh budaya kerja yang positif. Diharapkan sambutan Hari Pekerja 2025 ini dapat menjadi satu kenangan bermakna buat semua yang terlibat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan dan kekitaan dalam kalangan warga kerja demi kecemerlangan bersama.
May 05, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: MANDOR / Tarikh Tutup 9 May 2025
April 29, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Supervisor Kilang / Tarikh Tutup 2 May 2025
April 29, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang / Tarikh Tutup 2 May 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Perantis Bengkel (Workshop Apprentice ) / Tarikh Tutup 18 April 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Conductor (Binuang Kapur Estate) / Tarikh Tutup 18 April 2025