


Pada 6hb April, 2023, Majlis Iftar Ramadhan peringkat Korporat telah diadakan bertempat di Inderaloka Grand Ballroom, Univilla. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Ambran Pe'ang, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pn. Hjh Rismawati Hj. Lahatta merangkap Pengerusi penganjur Majlis Iftar Ramadhan bersama dengan barisan pengurusan BSWB dan jemputan-jemputan lain. Majlis Iftar Ramadhan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara staf dan pengurusan. Di samping itu juga, mengambil kira bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, BWSB juga tidak mahu ketinggalan untuk berbuat kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Antara tetamu khas yang diraikan pada majlis ini, dan juga penerima sumbangan daripada syarikat ialah Madrasah dan juga pusat Tahfiz sekitar Tawau. Semoga sedikit sumbangan ini akan dapat membantu perjalanan pengurusan pusat madrasah dan tahfiz masing-masing. Majlis turut diserikan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustadz Hj. Muhammad Othman, solat Maghrib, Isyak dan tarawikh.
35 Photos
Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Iftar Ramadhan BWSB peringkat Ladang yang diadakan di Ladang Belian pada 29 Mac, 2023. Majlis ini menggabungkan dua wilayah, iaitu Utara dan Selatan. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif, BWSB, Tuan Amran@Ambran bin Peang dan barisan Pengurusan.
37 Photos
Program Derma Darah Peringkat Ladang telah berlangsung pada 15 Mac 2023 bertempat di Klinik Ladang Seraya, Ini adalah hasil daripada kerjasama "Smart Partnership" antara syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd dengan Unit Tabung Darah, Hospital Tawau. Selain itu, pemeriksaan mata secara percuma juga telah ditawarkan oleh pihak Borneo Optometry Clinic kepada staf Benta Wawasan.
10 Photos
Pada 4 Feb 2023 Bertempat di Masjid Al Munawwaroh, Kg. Jawa, selepas solat Jumaat kelmarin, YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB), dengan di iringi Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Tuan Ambran Pe'ang, serta staf, telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg. Jawa, Jalan Guru, baru-baru ini. Seramai 23 Ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian tersebut yang melibatkan 12 buah rumah musnah dalam sekelip mata. YBhg Datuk juga telah memberikan kata-kata semangat kepada mangsa terbabit agar tabah menghadapi bencana yang terjadi dan berharap semoga ada hikmah disebaliknya. Selain sumbangan berbentuk air mineral, dapur gas dan bakul makanan, YBhg Datuk juga menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk wang ringgit bagi meringankan sedikit beban mangsa-mangsa yang terbabit dalam kejadian ini.
5 Photos
DEMONSTRASI JENTERA AGROSTAR NINJA PB300X POWER BARROW OLEH SABAH AGROSTAR AUTOMATION BERHAD DI LADANG BELIAN
6 Photos
Kursus Horizon Baharu KIK anjuran Benta Wawasan Sdn Bhd dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Cawangan Sabah telah berlangsung pada 9 & 10 Januari 2023 bertempat di Hotel LA, Tawau.
8 Photos