
Sempena sambutan Hari Pekerja yang akan diraikan pada 1 Mei 2025, satu program sukan telah dirancang melibatkan penyertaan semua pekerja dari enam ladang utama iaitu Ladang Gaharu, Ladang Merbau, Ladang Seraya, Ladang Menggaris, Ladang Keruing serta pasukan Sokongan Operasi & SPOM. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk menghargai dan meraikan sumbangan serta usaha gigih semua pekerja yang telah menyumbang kepada kejayaan dan kelangsungan operasi syarikat. Melalui pelbagai acara sukan seperti lari ikat kaki, lari dalam guni, pijak belon dan lain-lain, yang melibatkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan, program ini diharap dapat mengeratkan silaturahim antara warga kerja dari pelbagai ladang dan bahagian. Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada para pekerja untuk berehat seketika daripada rutin harian sambil menikmati masa berkualiti bersama rakan sekerja dalam suasana yang penuh kegembiraan. Penganjuran sukan ini bukan sahaja mencerminkan penghargaan terhadap komitmen pekerja, malah memperkukuh semangat perpaduan, kekitaan dan kerjasama dalam kalangan semua warga kerja. Diharapkan sambutan Hari Pekerja kali ini dapat meninggalkan kenangan manis buat semua yang terlibat..
May 05, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: MANDOR / Tarikh Tutup 9 May 2025
April 29, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Supervisor Kilang / Tarikh Tutup 2 May 2025
April 29, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang / Tarikh Tutup 2 May 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Perantis Bengkel (Workshop Apprentice ) / Tarikh Tutup 18 April 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Conductor (Binuang Kapur Estate) / Tarikh Tutup 18 April 2025