Majlis Perasmian Minyak Masak “Benta Enak Sedap Sihat (BESS)” yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal Ketua Menteri Sabah, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Benta Wawasan Sdn Bhd pada 3hb Februari 2020 (Isnin) bertempat di Benta Edible Oil Sdn Bhd, Kilang Pembungkusan Minyak Masak “BESS”, Pasir Putih, Tawau.
Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1441H Peringkat Daerah Tawau dengan tema “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera” telah berlangsung pada 14hb November 2019 di Perkarangan Bangunan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Seramai 35 orang menyertai Kontinjen BWSB telah berarak dari perkarangan MPT ke Dewan Masyarakat Tawau.
Commuting Safety Support Program telah diadakan di Dewan Serbahguna Ladang Seraya pada 9hb -10hb Oktober 2019. Peserta terdiri daripada Penyelia Kanan Ladang, Penyelia Ladang, headgeng dan mandor. Anjuran Bersama PERKESO dan MIROS (Malaysian Institute Of Road Safety Research).