
Perasmian pusat Community Learning Centre (CLC) bertempat di Ladang Selangan Batu, Ladang Belian & Ladang Keruing telah berjaya dilaksanakan pada 28 April, 2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh perwakilan daripada Konsulat Republik Indonesia dan dihadiri oleh Pn Hjh Rismawati Hj Lahatta, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pentadbiran & Komunikasi Korporat, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif yang terikat dengan komitmen lain. Turut hadir bersama ialah Pengurus Kanan, Wilayah Utara, Tn Lesan Hj Kadir dan diiringi oleh Pengurus - pengurus Ladang yang berkaitan. Semasa perasmian pusat CLC di Ladang Keruing, Kepala Perwakilan, Konsulat Repbulik Indonesia, Ibu Heni Hamidah juga turut hadir merasmikan pusat tersebut walaupun dalam keadaan jadual kerja beliau yang agak padat. Majlis diserikan dengan persembahan daripada anak-anak yang belajar di pusat CLC ini. Terima kasih kepada semua staf, tenaga kerja dan anak - anak yang terlibat dalam menjayakan majlis perasmian tersebut.
April 29, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Supervisor Kilang / Tarikh Tutup 2 May 2025
April 29, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang / Tarikh Tutup 2 May 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Perantis Bengkel (Workshop Apprentice ) / Tarikh Tutup 18 April 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Conductor (Binuang Kapur Estate) / Tarikh Tutup 18 April 2025
March 07, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Kerani (ADMIN) (Pentadbiran) / Tarikh Tutup 13 Mac 2025