
TAWAU, 29–31 OKTOBER 2026 – Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah menghantar seramai 80 orang peserta bagi menyertai Karnival Sukan Industri Sawit Jemputan Daerah Tawau 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 29 hingga 31 Oktober 2026, bertempat di Kompleks Sukan Tawau.
Karnival anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kompleks Sukan Tawau dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Cawangan Tawau ini menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai syarikat dan organisasi yang terlibat dalam industri sawit di sekitar daerah Tawau.
Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah olahraga, pickleball, ping pong, sepak takraw, bola tampar dan tarik tali.
Penyertaan BWSB dalam karnival ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menggalakkan budaya hidup sihat, memperkukuh semangat berpasukan serta memupuk nilai kerjasama, disiplin dan kesukanan dalam kalangan warga kerja.
Selain menjadi platform untuk mencungkil bakat dan potensi sukan.
























