
KUNJUNGAN HORMAT & SESI LIBAT URUS KWSP TAWAU
Benta Wawasan Sdn Bhd amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dan sesi libat urus daripada delegasi KWSP Cawangan Tawau. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Cawangan KWSP Tawau, Pn. Aidarina binti Jakaria.
Sesi taklimat yang dijalankan padat dengan perkongsian maklumat terkini mengenai perkhidmatan KWSP. Pertemuan ini menjadi medium terbaik untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala demi kelancaran pengurusan kebajikan caruman warga kerja syarikat.
Sesi ini diakhiri dengan penyerahan plak kenang-kenangan daripada pihak KWSP kepada Benta Wawasan, serta penyampaian cenderahati oleh Pmk. Pengurus Kanan Sumber Manusia, Pentadbiran dan Komunikasi Korporat Benta Wawasan, Tn. Azlan bin Abd Rahman kepada Pihak KWSP.
Terima kasih kepada pihak KWSP Tawau atas kunjungan dan perkongsian yang sangat informatif!


