
Gaya dan semangat membara daripada Kontinjen Wilayah Tawau (merangkumi warga Benta Wawasan Sdn. Bhd., Yayasan Sabah ZPTS, dan Sabah Softwoods Berhad) yang siap sedia beraksi di kejohanan kali ini! 💪✨
Majlis perasmian yang penuh meriah ini telah disempurnakan dengan rasminya oleh Pengarah Yayasan Sabah, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ghulamhaidar bin Khan Bahadar, JP, bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah.
Kontinjen Wilayah Tawau pada kali ini diketuai oleh Ketua Pentadbir Zon, Zon Pantai Timur Selatan (Tawau), YBhg Datin Norkhajijah Binti Haji Mohd Tussin. Turut hadir memberikan sokongan padu adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Benta Wawasan Sdn Bhd, YBhg Datuk Hj Abdul Karim bin Abdul Wahid, serta Pengurus Besar Operasi Perladangan, Operasi Kilang dan Bengkel Pusat selaku Timbalan Ketua Kontinjen, Tn Rizan Hardinata Bin Baba.
Mari sama-sama kita berikan sokongan dan menyemarakkan lagi semangat ukhuwah dalam kalangan warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah! Let’s go, Kontinjen Tawau! 🚀
📅 Tarikh: 2 Oktober 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah


